GOMA, 16 MEI – Seorang tentera Maghribi dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan jurubahasanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya di timur Republik Demokratik Congo, kata misi PBB Rabu lalu.
MONUSCO berkata kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dari jalan raya dan terbalik selepas terjunam ke dalam gaung kira-kira 13 kilometer ke selatan Kitchanga di wilayah Kivu Utara.
“Kakitangan dari batalion kerahan pantas Maghribi dan seorang pembantu bahasa Congo kehilangan nyawa mereka dalam kemalangan itu,” kata satu kenyataan.
Empat lagi tentera Maghribi cedera dan dibawa ke hospital PBB di ibu kota wilayah Goma, yang dikawaloleh kumpulan bersenjata M23.
Dengan hampir 13,800 kakitangan, setakat Februari, menurut angka PBB, MONUSCO adalah salah satu pasukan pengaman PBB yang terbesar.
Lebih 400 anggota orang awam dan tentera telah terbunuh sejak ope-rasi dimulakan pada 1999. – AFP
