Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas kereta api: 11 maut

    NEW DELHI, 5 NOV – Sebuah kereta api penumpang bertembung dengan kereta api kargo di India pada waktu malam, mengakibatkan kira-kira 11 orang terkorban.

    Menurut pegawai kanan kerajaan, Sanjay Agarwal kepada The Associated Press, kereta api penumpang itu telah melanggar kereta api kargo dari belakang berhampiran bandar Bilaspur, kira-kira 115 kilometer timur laut bandar Chhattisgarh, Raipur, semalam.

    Selepas beberapa jam berusaha, pasukan penyelamat berjaya menurunkan gerabak itu ke tanah dan menggunakan pemotong besi untuk membukanya, mereka telah menemui tiga lagi mayat, kata Agarwal.

    Kira-kira 20 orang cedera dalam kemalangan itu dan kini sedang menerima rawatan di hospital. – AP

    Nahas kereta api berhampiran Bilaspur, Raipur pada 4 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda