Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas lebuh raya Kansas ragut 8 nyawa

    GREELEY, 6 MEI – Dua kenderaan bertembung dan terbakar di lebuh raya dua lorong di luar bandar timur Kansas, mengorbankan lapan orang, termasuk dua pelajar sekolah menengah, seorang bekas guru jurulatih dan seorang pekerja sekolah dari Oklahoma, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Nahas berlaku kira-kira jam 5:45 petang Ahad lalu di AS 169 di luar bandar kecil Greeley, kira-kira 97 kilometer barat daya Kansas City, Missouri, kata Peronda Lebuhraya Kansas. Seorang berjaya menyelamatkan diri dari kenderaan yang remuk dan dihantar ke hospital.

    Tiga daripada mereka yang terbunuh mempunyai kaitan dengan Sekolah Awam Tulsa, daerah sekolah itu mengesahkan kelmarin. Pelajar Sekolah Menengah Booker T. Washington, Donald ‘DJ’ Laster maut dalam nahas itu, bersama bekas jurulatih dan guru Sekolah Menengah Carver, Wayne Walls dan Ja’mon Gilstrap, ahli pasukan pengangkutan Sekolah Awam Tulsa.

    Kyrin Schumpert, pelajar gred 9 dari Union High School Freshman Academy di Tulsa, juga terbunuh dalam nahas itu, menurut jurucakap Sekolah Awam Union.

    “Saya sedih bagi mereka yang kehilangan orang tersayang, dan komited untuk menghormati impak kolektif besar setiap orang di Tulsa dan dalam kehidupan anak muda kita,” kata Dr Ebony Johnson, penguasa Sekolah Awam Tulsa, dalam satu kenyataan.

    Ron Horton, seorang guru di Booker T. Washington, berkata dalam video yang dihantar oleh Sekolah Awam Tulsa bahawa dia telah melihat ramai kanak-kanak datang dan pergi dalam 17 tahun sebagai pengajar dan DJ Laster adalah seorang yang istimewa. Beliau berkata Laster adalah seorang atlet dan pelajar cemerlang yang bekerja keras dalam bidang akademik ssama seperti yang dilakukannya dalam sukan semasa musim bola keranjang universiti. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda