Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas pesawat kecil ragut 7 nyawa

    SAO PAULO, 29 JAN – Tujuh orang terbunuh kelmarin di negeri Minas Gerais, tenggara Brazil apabila pesawat kecil yang dinaiki mereka terhempas, kata pihak berkuasa.

    Selepas meninggalkan Campinas, di negeri jiran Sao Paulo, pesawat enjin tunggal itu dikatakan mengalami kerosakan di udara dan terhempas kira-kira jam 10:30 pagi di bandar perlombongan Itapeva, kata anggota bomba kepada AFP. Anggota bomba ‘menjumpai tujuh mangsa yang terkorban yang berada di dalam pesawat itu’, kata jabatan tersebut dalam kenyataan terkini. Ia telah mengumumkan sebelum ini bahawa tiga mayat telah ditemui.

    Foto yang diambil oleh penduduk tempatan – yang menunjukkan serpihan pesawat itu sejurus selepas terhempas di tepi bukit yang dilitupi rumput dan pokok, tersebar di rangkaian sosial dan media Brazil. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda