JUBA, 29 JAN – Sebuah pesawat telah terhempas di utara Sudan Selatan mengorbankan kira-kira 20 orang, kata menteri informasi Unity State, hari ini.
Pesawat itu terhempas berhampiran padang minyak di Unity State sekitar jam 10:30 pagi sejurus selepas berlepas dari ibu negara, Juba.
“Pesawat itu terhempas 500 meter dari lapangan terbang. Seramai 21 orang berada di dalamnya. Ketika ini, hanya seorang yang terselamat,” kata Gatwech Bipal Both kepada AFP.
Beliau berkata pesawat itu, yang disewa oleh Greater Pioneer Operating Company (GPOC) dan dikendalikan oleh Light Air Services Aviation Company, sedang dalam misi rutin ke kawasan itu.
“Kerajaan negeri amat berdukacita dengan kemalangan ini,” katanya sambil menambah siasatan akan ada dilakukan. – AFP