Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naib Presiden China mula lawatan rasmi ke Malaysia

    PUTRAJAYA, 8 NOV – Naib Presiden Republik Rakyat China (PRC), Han Zheng, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 8 hingga 11 November ini.

    Lawatan itu bersempena dengan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China tahun ini.

    Semasa lawatannya, Han dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Antara perkara yang akan dibincangkan adalah isu dua hala serantau dan antarabangsa yang menjadi berkepentingan bersama, kerjasama dalam industri halal, konflik Palestin-Israel dan juga ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang akan disambut pada 2024,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia.

    Jadual perjalanan Han juga termasuk lawatan ke Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak dan Pulau Pinang.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual menganjurkan majlis makan malam untuk meraikan kedatangan Han.

    Sejak sedekad lalu, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia.

    Pada 2022, jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM487.13 bilion, peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2021. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda