Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naib presiden Filipina, Sara Duterte letak jawatan setiausaha pendidikan

    MANILA, 19 JUN – Naib Presiden Filipina, Sara Duterte, hari ini telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan negara itu, lapor Xinhua yang memetik kenyataan Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden, Cheloy Garafil.

    Dalam satu kenyataan, Garafil berkata Duterte menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet semasa lawatan ke istana presiden.

    “Beliau enggan memberikan alasan mengapa. Beliau akan terus berkhidmat sebagai naib presiden. Kami berterima kasih atas khidmat beliau,” kata Garafil. – Bernama

    Sara Duterte, Naib Presiden Filipina. – ANN/Phillipine Daily Enquirer
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda