Friday, July 5, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Naib Presiden Venezuela dihempap pokok tumbang

    BUENOS AIRES, 3 JULAI – Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodríguez dihempap pokok tumbang semasa Taufan Beryl melanda negara itu, menurut Agensi Berita Jerman,dpa.

    Kejadian berlaku semasa Rodriguez memantau kerja-kerja pembersihan kerosakan yang disebabkan oleh Beryl di negeri Sucre.

    Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata tiupan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan satu daripadanya mengenai pemimpin itu.

    “Beliau mengalami hentakan kuat tetapi masih sedar. Beliau kuat. Beliau baru sahaja menulis kepada saya dan menyampaikan salam,” kata Maduro dalam ucapan kepada penyokongnya kelmarin.

    Taufan Beryl melanda Caribbean dengan kelajuan angin melebihi 250 kilometer sejam mengakibatkan dua orang maut di Venezuela manakala lebih 600 rumah rosak apabila Sungai Manzanares melimpah.

    Kerajaan menghantar 3,600 anggota polis dan pekerja bantuan bersama 2,000 tan bekalan ke kawasan di utara negara itu. – Bernama

    Pemandangan parasi air sungai yang semakin naik akibat hujan lebat selepas taufan Beryl melanda di lebuh raya dari Cumana ke Cumanacoa, Sucre, Venezuela kelmarin. Rodriguez dilaporkan selamat setelah dihempap pokok tumbang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ keluarkan panduan guna peranti di sekolah

    WELLINGTON, 5 JULAI - Memandangkan kanak-kanak New Zealand (NZ) mencatat kadar penggunaan peranti tertinggi di dunia, garis panduan baharu untuk membantu mengimbangi risiko kesihatan...