Wednesday, April 9, 2025
24.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

‘Naik belon’ kekal sebagai talian hayat masyarakat Mulu

KUCHING, 3 APRIL – Meliputi hampir 10,000 kilometer persegi, Mulu yang terletak di bahagian utara Sarawak, adalah antara kawasan pilihan raya negeri terbesar di Bumi Kenyalang.

Kawasan seluas itu sudah pasti mewujudkan cabaran ketara dari segi geografi terutama apabila membabitkan rangkaian jalan raya sedia ada yang rata-ratanya terdiri daripada laluan bagi kerja-kerja pembalakan sekali gus mengehadkan akses dan mobiliti ke kebanyakan penempatan.

Bagi penduduk di kawasan ini, ‘naik belon’ atau menggunakan pengangkutan udara bukanlah lambang kemewahan sebaliknya ia satu keperluan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata justeru itu, pengangkutan udara dalam bentuk Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) memainkan peranan penting bagi menyediakan akses ke kebanyakan kampung dan rumah panjang yang terletak di kawasan terpencil.

“Tempoh perjalanan melalui jalan raya boleh memakan masa antara 7 hingga 13 jam dari bandar terdekat iaitu Miri bergantung kepada lokasi dan keadaan jalan.

“Ketika ini, terdapat lima lapangan terbang di Mulu dan kami mungkin memegang rekod sebagai satu-satunya kawasan pilihan raya di negara ini dengan jumlah lapangan terbang sebanyak itu…ini menunjukkan betapa luasnya kawasan pilihan raya ini dan betapa pentingnya kesalinghubungan udara kepada kami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. – Bernama

Gambar Bernama
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda