TERNATE, INDONESIA, 22 JULAI – Seorang lelaki Indonesia yang positif COVID-19 telah menaiki pesawat domestik dengan menyamar sebagai isterinya, memakai purdah menutupi mukanya dan membawa kad pengenalan dan keputusan ujian PCR negatif yang palsu.
Polis berkata, seorang kru kabin penerbangan pesawat Citilink dari Jakarta ke Ternate di wilayah Maluku Utama pada Ahad, menyedari lelaki itu menukar pakaiannya di dalam tandas,
“Dia membeli tiket pesawat menggunakan nama isterinya dan membawa kad pengenalan, keputusan ujian PCR dan kad vaksinasi yang mempunyai nama isterinya. Semua dokumen di bawah nama isterinya,” ketua polis Ternate, Aditya Laksimada berkata selepas menahan lelaki itu sebaik mendarat. – AP