Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naik taraf pesawat perang F-16

    ATHENS, 29 April – Greece kelmarin telah mengumumkan menaik taraf armada pesawat perang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS), program yang tergendala dalam tempoh enam bulan akibat bimbang dengan kos.

    Mesyuarat tergempar telah diadakan oleh majlis hal ehwal luar dan pertahanan kerajaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Alexis Tsipras, menurut pejabat perdana menteri.

    “Majlis itu sebulat suara meluluskan pelaksanaan program naik taraf 85 pesawat,” kata pejabat Tsipras.

    Ia menambah bahawa keputusan berdasarkan ‘kelulusan permulaan’ oleh AS mengenai ulang kaji terhadap cadangan Greece yang diambil dan dimasukkan ke dalam kewajipan fiskal negara beberapa tahun ke depan.

    Menteri Pertahanan, Panos Kammenos berkata pesawat itu akan dinaik taraf menjadi F-16 peringkat Viper.

    Greece mengendalikan kira-kira 150 buah F-16. Perjanjian yang diumumkan pada Oktober semasa lawatan oleh Tsipras ke Washington.

    Tetapi kerajaan berdepan dengan kritikan mengenai jumlah harga yang dianggarkan AS$2.4 bilion dalam tempoh 10 tahun.

    Athens yakin bahawa kos tidak akan melebihi AS$1.3 bilion dan tidak akan menyebabkan ketidakstabilan bajet.

    Menurut akhbar Ta Nea kelmarin, program yang dijalankan sehingga 2028 dengan bayaran tahunan sehingga 2021 akan diletakkan pada kadar hutang maksimum 120 juta euro terhadap bantuan Greece.

    Pesawat pertama paling awal akan dihantar pada 2020, dengan sebahagian besar daripada tugasnya dijalankan oleh kontraktor pertahanan Greece EAV, menurut Ta Nea.

    Tsipras telah berkata pesawat-pesawat itu, yang beroperasi dari tahun 1989, mempunyai risiko tidak dapat dinaik taraf. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda