Kebersihan adalah sebahagian penting dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Salah satu tempat yang harus diberikan perhatian khusus adalah tandas sekolah. Tandas sekolah yang bersih tidak hanya memberikan keselesaan kepada pelajar, tetapi juga meningkatkan tahap kesihatan dan kebersihan di sekolah.
Di negara ini, walaupun terdapat usaha untuk meningkatkan standard kebersihan tandas di tempat awam, namun masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki di sekolah-sekolah.
Keadaan tandas sekolah yang kotor, berbau, banyak kerosakan dan kurang terurus masih menjadi isu yang sering ditemui.
Itu tentu saja mencerminkan ketidakpedulian dan kekurangan pengawasan pihak berkenaan terhadap kebersihan sekolah.

Pihak berkenaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan tandas sekolah selalu dalam keadaan bersih.
Mereka perlu meningkatkan pengawasan dan melakukan pemantauan yang lebih kerap terhadap keadaan tandas sekolah.
Selain itu, penyediaan peralatan kebersihan yang mencukupi dan pelaksanaan program kesedaran mengenai pentingnya kebersihan tandas juga harus diberikan perhatian serius terutama kepada murid sekolah rendah.
Kebersihan tidak hanya sepatutnya bermula dari rumah, di mana-mana tempat juga kebersihan itu perlu dididik, terutama rumah kedua bagi murid-murid iaitu sekolah.
Di sekolah murid-murid juga ditunjuk ajar makna kebersihan dan kekotoran. Disebabkan tandas sekolah yang kotor juga, ada sebilangan pelajar sanggup menahan air kecil sehingga habis waktu sekolah.
Oleh itu, pihak berkenaan perlu sedar kebersihan tandas sekolah bukanlah perkara yang boleh diabaikan atau dipandang remeh.
Hana









