Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naim Daniel sedar diri tidak sempurna, tak mahu lagi terlalu lantang bersuara

    Gara-gara sering bersikap terbuka dan terlalu lantang bersuara di media sosial sebelum ini, penyanyi Naim Daniel mengakui sikapnya itu ada kala kurang disenangi oleh segelintir netizen.

    Justeru itu, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Bahrin, 26, memberitahu kini dia lebih berhati-hati dan memilih untuk besederhana dalam berkongsikan pendapat mahu pun membuat teguran di media sosial.

    “Di dalam kelantangan Naim bersuara itu pun ada cacat celanya diri ini dan sekarang ini bukanlah untuk fokus menjadi lantang tapi lebih kepada cerminkan diri.

    “Sebarang bentuk teguran atau apa saja perkara yang patut disuarakan mungkin saya akan buat, cuma kali ini lebih bersederhana.

    “InsyaAllah Naim percaya yang saya tidak sepenuhnya baik sebab sebagai manusia biasa pasti akan lakukan kesilapan bezanya dapat dipertontonkan atau tidak,” kata Naim kepada mStar. – Agensi

    Naim Daniel kini lebih berhati-hati dan memilih untuk besederhana dalam berkongsikan pendapat mahu pun membuat teguran di media sosial. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda