Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Najib: GP Malaysia mungkin kembali

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak hari ini berkata Formula Satu (F1) mungkin kembali ke Malaysia dan berjanji litar Sepang tidak akan menjadi ‘gajah putih’. Bercakap sebelum edisi terakhir Grand Prix Malaysia, yang sudah bermula sejak 1999, Najib berkata perlumbaan yang mengalami kerugian itu mungkin kembali jika ‘keadaan ekonomi’ baik.

“Daya maju ekonominya semakin kurang menarik, jadi kami telah membuat keputusan untuk menghentikannya,” kata Najib.

“Tetapi ia tidak bermakna kami tidak boleh mempertimbangkannya semula di masa hadapan sekiranya ekonomi dalam keadaan baik,” tambahnya.

Najib berkata terdapat ‘perasaan sentimental’ mengenai edisi terakhir perlumbaan itu, yang telah membantu menaikkan profil Malaysia di mata dunia.

Chase Carey (kanan) dan Perdana Menteri Najib Razak ketika menghadiri sidang media sebelum perlumbaan Grand Prix Malaysia. – AP

“Tetapi sudah tiba masanya untuk berhenti meskipun kami telah mendapat faedah dengan menghoskan F1.”

Kenyataan Najib itu hadir selepas CEO litar Sepang, Razlan Razali memberitahu AFP bahawa ia adalah sekurang-kurangnya lima tahun sebelum Malaysia mahu mengembalikan perlumbaan itu. Najib berkata litar Sepang tidak akan kurang digunakan kerana ia akan menghoskan beberapa perlumbaan lain, termasuk MotoGP.

“Kami akan memajukan sukan bermotor yang lain dan melihat penyertaan kuat rakyat Malaysia dalam sukan-sukan itu. Ia (litar Sepang) tidak akan menjadi gajah putih,” katanya. Ketua eksekutif F1, Chase Carey juga berkata dia menyaksikan masa depan cerah bagi sukan itu di Asia, meskipun ia hanya akan menghoskan tiga daripada 21 perlumbaan tahun depan. China dan Singapura keduanya telah memperbaharui kontrak mereka, masing-masing hingga 2020 dan 2021, sementara Grand Prix Jepun minggu depan sudah berada dalam jadual sejak 1987. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda