Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Najib lepas tuduhan pengubahan wang haram SRC RM27 juta

    KUALA LUMPUR, 20 JUN – Mahkamah Tinggi hari ini telah melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.

    Hakim K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib untuk dilepas tanpa dibebaskan.

    Perintah DNAA iaitu lepas tanpa bebas bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan sementara namun boleh didakwa semula sekiranya pihak pendakwaan memilih untuk mengemukakan pertuduhan pada masa hadapan.

    Muniandy dalam penghakimannya berkata kes terhadap Najib telah tergantung selama enam tahun sejak 2019 tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan, hanya mengalami beberapa penangguhan sekali gus menunjukkan pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan.

    “Pihak pendakwaan masih belum bersedia untuk mendakwa kes itu dalam masa terdekat kerana mereka belum memperoleh dan mengumpulkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan sebagai bukti terhadap tertuduh,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada 20 Jun. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda