Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Najis panda jadi tisu tandas

    BEIJING, 20 Dis – Apabila kehidupan memberikan sebuah syarikat gergasi China najis panda, ia memutuskan untuk menjadikannya tisu dan meraih keuntungan.

    Syarikat Qianwei Fengsheng Paper di barat daya wilayah Sichuan telah bergabung bersama Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan China bagi Giant Panda untuk mengitar semula najis haiwan tersebut dan serpihan makanan menjadi tisu tandas, napkin dan produk rumah yang lain, media setempat melaporkan hari ini.

    Barangan tersebut, yang akan dikeluarkan dalam pasaran China, akan dipasarkan sebagai sebahagian daripada produk ‘panda poo’ dihiasi dengan gambar beruang berwarna hitam dan putih sedang memakan buluh.

    “Mereka mengambil berat tentang sampah kami bagi kami,” Huang Yan, penyelidik di pusat gergasi panda, memberitahu Chengdu Business Daily.

    Huang memberitahu agensi berita negara Xinhua bahawa 10 kilogram (22 paun) najis buluh yang dihasilkan panda dewasa setiap hari adalah kaya dengan fiber selepas menyerap fruktosa dari pucuknya.

    Gambar yang diambil pada 18 Disember 2017 menunjukkan kakitangan syarikat menunjukkan produk yang terhasil daripada lebihan makanan dan najis panda di Chengdu. – AFP

    Sebagai tambahan terhadap najis berharga mereka, panda juga menghasilkan 50 kilogram bahan buangan makanan pada setiap hari dari kulit buluh yang mereka keluarkan selepas mengunyahnya.

    Ketika proses menukar buluh menjadi tisu pada umumnya melibatkan pemecahan fruktosa untuk mendapatkan fiber, langkah ini pada biasanya berlaku dalam penghadaman panda, menurut presiden syarikat tersebut, Yang Chaolin, kepada Xinhua.

    Fengsheng akan mengutip najis-najis tersebut dari tiga ekor panda yang berpangkalan di Sichaun beberapa kali dalam seminggu. Selepas ia dipanaskan, dipasteurkan dan ditukar menjadi tisu, ia akan diuji bagi mengesan bakteria sebelum dijual.

    Beberapa kotak tisu ‘panda poo’ akan dijual pada harga 43 yuan (AS$6.5). – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda