Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nak jealous buat apa? – Aedy Ashraf

    Tiada istilah cemburu buat Aedy Ashraf apabila pelakon, Sharnaaz Ahmad memuat naik gambar serta pujian di Instagram (IG) bersama Amelia Henderson yang juga teman istimewa Aedy.

    Aedy yang melihat dari sudut positif berkata, Amelia juga berhak menerima pujian atau pendapat mengenai lakonannya daripada rakan seangkatan seperti Sharnaaz.

    “Saya rasa biasalah, mereka (warganet) nak cakap apa pun mereka boleh cakap. Tapi saya tidak nampak benda itu sebagai suatu perkara negatif.

    “Sebaliknya, bagi saya ia positif dan Amelia juga pelakon yang bagus. Jadi, siapa-siapa yang mahu memujinya, sudah tentu dia layak untuk menerima pujian itu.

    “Sekarang orang sudah mula nampak lakonannya semakin bagus dan dia berhak untuk menerima pujian,” katanya.

    Aedy yang melihat dari sudut positif berkata, Amelia juga berhak menerima pujian. – mStar

    Bercerita mengenai hubungannya dengan Sharnaaz, Aedy berkata, hubungan mereka boleh diibaratkan seperti abang dan adik.

    “Janganlah marah (warganet) Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Dia punya teguran atau pun pujian itu membina. Saya dan dia pun sudah seperti adik, abang.

    Kami juga ada berbalas komen di Instagram dan Direct Message (DM).

    “Saya menghormati dia sebagai seorang pelakon dan abang. Kami semua sama-sama satu industri seni dan saya pun tidak nampak maksud lain ketika dia membuat posting pujian itu,” katanya.

    Terdahulu, Sharnaaz mencuri perhatian apabila memuat naik gambar dia bersama Amelia di IG.

    Menerusi hantaran berkenaan, Sharnaaz yang segak memakai busana warna sedondon bersama Amelia membuatkan ramai mengatakan Amelia kelihatan sesuai bersama pelakon itu, lapor BH Online.

    Bagaimanapun, ada juga komen kurang enak menuduh Sharnaaz seolah-olah tidak menjaga hati Aedy yang juga teman istimewa Amelia. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda