Tahukah anda bahawa selain mempunyai wajah yang bebas dari jerawat dan kulit yang licin, janggut atau jambang juga memainkan peranan yang besar bagi menaikkan aura lelaki kacak atau tampan.
Jadi bila hendak melebatkannya, pastikan bela dengan betul, bukan biar ia tumbuh hingga memburukkan lagi wajah anda sehingga menghilang-kan lagi serinya.
Selain itu, jika anda baharu sahaja selesai bercukur, ada kalanya wajah anda akan kelihatan lebih muda dan ‘kosong’ kerana janggut sudah tidak ada. Ia bukan sahaja mengurangkan keyakinan anda kerana anda berpendapat ‘wajah tua’ adalah imej penting untuk menunjukkan seseorang lelaki itu kelihatan lebih matang.
Justeru, jika anda inginkan janggut anda kembali tumbuh dengan lebat, berikut adalah lima tips mudah yang ada boleh lakukan, ikuti langkah ini:
Kurangkan bercukur
Bagi mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap. Jika anda mahukan gaya stubble, ia amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.

Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan satu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu. Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ia telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1 ½ inci.
Cuci dan rapikan secara teratur
Sebagaimana rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka ‘mild’ bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut. Selain itu, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu bagi memastikan rambut bersih dan bebas daripada sisa-sisa makanan.
Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi bagi menjaga rambut yang kuat sekali gus memberikan penampilan anda yang menarik.
Urut wajah anda
Bagi merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur merupakan perkara yang digalakkan. Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap, kemas.
Bahan semula jadi
Lazimnya, cara ini dianggap sebagai cara tradisional di mana untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan satu sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak hadam yang manis kemudian tambah lima hingga tujuh titis minyak pati kayu putih. Anda boleh menggunakan campuran dua hingga tiga sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih. – Agensi