Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nam Taehyun tubuh syarikat rakaman sendiri

    BEKAS ahli kumpulan Winner iaitu Nam Taehyun dikatakan telah menubuhkan sebuah syarikat rakaman sendiri.

    Menerusi satu posting di Instagram, Nam Taehyun memuat naik bukti bahawa dia kini mempunyai label sendiri bernama South Buyers Club.

    Difahamkan dia akan melebarkan karier seninya menerusi label ini.

    Sementara itu satu sumber daripada pihak Nam Taehyun menyatakan bahawa penyanyi itu tetap mahu menubuhkan label sendiri walaupun dia menerima pelbagai tawaran menyertai syarikat rakaman lain.

    Nam Taehyun dikatakan telah menubuhkan sebuah syarikat rakaman sendiri.
    Nam Taehyun dikatakan telah menubuhkan sebuah syarikat rakaman sendiri.

    “Dia menubuhkan sebuah label kerana mahu aktif dalam dunia muzik mengikut citarasanya sendiri.

    “Malah Nam Taehyun juga baru membentuk sebuah band,” kata sumber itu seperti yang dipetik dari laporan portal soompi.com.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda