Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nama Anna paling banyak dicari

    Nama pelakon Anna Jobling (gambar) terus menjadi sebutan warganet selepas drama lakonannya berjudul Melur Untuk Firdaus mendapat sambutan hangat penonton.

    Justeru itu, tidak hairanlah jika pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, ini tersenarai sebagai salah seorang personaliti yang paling banyak di cari dalam Google bagi tahun 2022.

    “Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif yang berlaku dalam kerjaya. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya.

    “Selain itu saya juga mendapat sokongan peminat dari luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

    “Jujurnya saya amat terkejut apabila disenaraikan antara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia sepanjang tahun 2022,” katanya.

    Anna Jobling terus menjadi sebutan selepas drama lakonannya berjudul Melur Untuk Firdaus . – Agensi

    Teruja apabila mengetahui perkara itu, Anna bagaimanapun berkata ia bukanlah alasan untuknya berbangga diri.

    Sebaliknya ia menjadi pembakar semangat untuknya terus mengatur perjalanan kerjaya seni dengan lebih baik dan dalam masa sama boleh membina nama di peringkat antarabangsa.

    “Saya tidak pernah terfikir ramai individu yang membuat carian nama saya. Dengan senarai dikeluarkan, saya rasa lebih merendah diri dan mahu terus memberikan yang terbaik dalam kerjaya.

    “Pihak pengurusan telah merangka perjalanan kerjaya dengan baik untuk tahun 2023.

    Insya-Allah saya juga akan melebarkan sayap ke negara Indonesia,” ujarnya.

    Dalam senarai tersebut, Yasin Sulaiman juga antara selebriti yang banyak carian rentetan kes mahkamah atas dakwaan memiliki dan mengedar dadah sebelum ini.

    Bekas personaliti TV, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak Julai lalu turut disenaraikan.

    Selain itu nama-nama tokoh politik tempatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga popular dalam carian dalam Google. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda