Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nama jururawat tebusan tidak didedahkan

    WELLINGTON, New Zealand, 16 April – Kerajaan New Zealand tidak meluluskan keputusan agensi bantuan untuk mendedahkan nama seorang jururawat New Zealand yang dijadikan tebusan oleh kumpulan Islamic State (IS) di Syria, menurut menteri luar negara itu hari ini.

    Menteri Luar Winston Peters berkata dakwaan seorang pegawai Jawatankuasa Antarabangsa Pasukan Palang Merah(ICRC) telah bertindak dengan persetujuan New Zealand adalah ‘karut-karut semata-mata.

    Menurutnya New Zealand membantah sebarang langkah yang mungkin membahayakan Louisa Akavi, 62 tahun, seorang bidan yang juga jururawat atau menghalang pengesanan dan pembebasannya.

    Peters berkata “Itu adalah cara paling sopan menyifatkan bagaimana seseorang itu, dalam pandangan saya, membuat sesuatu kesilapan untuk mendapatkan perhatian.”

    ICRC mengatakan ia percaya ia mendapat sokongan New Zealand bagi keputusannya untuk membenarkan New York Times pada Ahad lalu untuk menyiarkan nama dan kewarganegaraan Akavi, yang dijadikan tahanan di barat daya Syria dalam tahun 2013.

    Sejak dia ditawan, kerajaan-kerajaan New Zealand yang berganti-ganti dan ICRC mengekalkan perjanjian dengan media antarabangsa untuk merahsiakan nama dan kewarganegaraan jururawat itu. New Zealand bimbang mendedahkan nama Akavi akan menjadikannya tebusan yang ditonjolkan, berkemungkinan besar akan dihukum bunuh oleh para penculiknya bagi propaganda.

    Paling terbaharu ISIS berikrar akan menuntut balas di atas serangan 15 Mac lalu yang mengorbankan 50 orang di dua buah masjid di New Zealand dan kewarganegaraan Akavi boleh menjadikan dia sasaran bagi hukuman.

    Pengarah operasi ICRC Dominik Stillhart berkata dia percaya agensi itu telah bertindak dengan persetujuan New Zelaand. Dia berkata “Kami tidak akan membuat keputusan itu tanpa sokongan Kerajaan New Zealand.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda