Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nama Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah S’wak bertukar

    KUCHING, 7 SEPT – Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak akan dikenali nama baharu, menurut menterinya Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

    Beliau berkata pertukaran nama itu yang telah dipersetujui kerajaan negeri bakal diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat.

    “Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menukar nama kementerian yang akan ditambah (perkataan) komoditi, yang bermaksud lebih kepada pengkomersialan.

    “Walaupun nama kementerian akan bertukar, fokusnya tetap sama dan kita perlu menyesuaikan apa yang kita perlukan untuk berubah,” katanya.

    Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian projek ternakan udang Rambungan Aqualife Sdn Bhd antara Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Sea Horse Corporation Sdn Bhd di sini.

    Sementara itu, Rundi berkata pendekatan kementeriannya pada masa ini adalah kepada sosioekonomi golongan B40 yang bertani secara kecil-kecilan supaya mereka dapat menjana pendapatan yang mampan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda