Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nama Pritam Singh sebagai gurauan – Preity Zinta

    Pelakon terkenal Bollywood, Preity G Zinta atau lebih mesra disapa Preity Zinta tampil membuat kenyataan kepada umum mengenai nama sebenarnya yang selama ini telah disalahertikan oleh sesetengah pihak.

    Memuat naik video di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan bahawa nama tersebut bukanlah nama sebenarnya biarpun telah tular di Internet.

    “Selama ini saya selalu membaca dalam pelbagai artikel yang dikeluarkan oleh media bahawa saya telah menukar nama saya daripada Pritam Singh Zinta kepada Preity Zinta. Saya telah cuba untuk membetulkan fakta ini berkali-kali.

    “Nama tersebut muncul apabila dalam set penggambaran filem Soldier, Bobby Deol memanggil saya dengan nama Pritam Singh sebagai gurauan.

    Nama tersebut wujud sebagai gurauan seorang sahabat. – Zoomnews.in

    “Filem tersebut berhasil menjadi filem blockbuster dan persahabatan kami berkembang. Kalau awda terjumpa Bobby boleh bertanya kepadanya kenapa dia memilih nama tersebut,” jelas pelakon berusia 48 tahun ini mengenai bagaimana nama tersebut boleh muncul.

    Tidak menafikan nama tersebut wujud sebagai gurauan seorang sahabat, Preity turut menyatakan bahawa nama tersebut melekat sehingga kini.

    “Sejak itu nama gurauan tersebut melekat pada saya sehingga kini. Jadi untuk terakhir kalinya saya membuat kenyataan bahawa Pritam Singh bukanlah nama sebenar saya. Harap itu menjelaskan segala-galanya untuk awda semua,” tambahnya lagi memetik laporan Media Hiburan.

    Imbas kembali, filem Soldier lakonan Preity Zinta bersama Bobby Deol ditayangkan pada tahun 1998 dan menjadi salah satu filem blockbuster Bollywood yang mencapai keuntungan bernilai jutaan dolar.

    Menerusi lakonannya di dalam filem itu dia telah dinobatkan sebagai Pendatang Baharu Wanita Terbaik di Anugerah Filmfare. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda