Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Nama sekolah cetus kecelaruan

    HONOLULU, 9 OGOS – Di Hawaii, soalan yang sering ditanyakan dalam bahasa pijin pulau: “Di manakah awda tamat pengajian?”

    Mengetahui di mana seseorang belajar di sekolah tinggi telah lama menjadi pengukur identiti bagi penduduk Hawaii dan membantu menghubungkan penduduk dalam komuniti yang erat di negeri itu. Ia adalah hubungan yang lebih mendalam dan bermakna berbanding sesuatu pasukan ataupun persaingan di seluruh bandar.

    “Ia adalah bagaimana awda memahami kedudukan awda di Hawaii dan sama ada awda rasa selesa atau diterima oleh semua,” kata Ty P. Kawika Tengan, profesor di Jabatan Kajian Etnik dan Antropologi di Universiti Hawaii di Manoa. “Ia menceritakan kesemua kisah mengenai perkauman, kelas dan perkara lain di mana sekolah dan komuniti memberikan bayangan bahawa awda pernah pergi ke sekolah berkenaan.”

    Namun bagi sesetengah orang, menjawab soalan tersebut menjadi rumit apabila sekolah mempunyai nama Presiden William McKinley, yang dibenci oleh ramai penduduk asli Hawaii disebabkan peranannya dalam memisahkan negeri Hawaii di Amerika Syarikat.

    Dan kini cadangan untuk menukar nama Sekolah Tinggi McKinley di Honolulu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pelajar, terutamanya atas sebab-sebab keturunan atau generasi.

    Sautia Tanoa, graduan tahun 2005, berkata menukar nama kepada Sekolah Tinggi Honolulu – nama sekolah sebelum ia ditukar kepada McKinley pada 1907 – adalah wajar dan akan membantu menyemarakkan kebanggaannya terhadap sekolah berkenaan.

    “Ketika saya masih belajar dan saya lebih memahami mengenai sejarah, kesemua nama yang dipilih adalah nama yang menguasai tempat ini,” katanya. “Dari segi sejarah, jika saya boleh menjadi salah satu suara meminta untuk memulihkan nama itu, saya boleh berasa lebih bangga menjadi sebahagian daripada usaha tersebut dan juga sebahagian daripada sekolah itu.”

    Malah bercakap mengenai pertukaran nama sekolah membuatkan gra-duan tahun 1979, Suzanne Chun Oakland menangis.

    ”Ia bagaikan menusuk hati saya dengan pisau,” katanya apabila mendengar mengenai cadangan pertukaran nama itu. “Ia seperti berkata kepada keluarga awda bahawa awda perlu menukar nama keluarga awda.”

    Perdebatan tersebut timbul di tengah gerakan yang semakin meningkat di seluruh pulau untuk memulihkan nama tempat tradisional di Hawaii untuk menghormati budaya dan sejarah asli Hawaii. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...