Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nama T.O.P dalam akaun YouTube Bigbang jadi heboh

    Bekas anggota kumpulan K-pop Bigbang, T.O.P menyangkal dakwaan bahawa dia telah kembali menyertai kumpulan tersebut.

    Ini selepas foto dan nama T.O.P atau Choi Seung Hyun, 38, dimasukkan semula ke saluran YouTube rasmi Bigbang.

    Selain itu, T.O.P menambah nama pentasnya di hadapan nama sebenarnya pada profil Instagram miliknya sekali gus mencetuskan spekulasi.

    Namun menurut sumber terdekat, perkara tersebut tidak berkaitan dengan kemunculan semula penyanyi itu dalam kumpulan berkenaan.

    “Nama T.O.P telah lama disenaraikan sebagai sebahagian daripada profil pelakon Choi Seung Hyun.

    “Seperti yang dijelaskannya dalam temu bual untuk Squid Game 2, dia berasa simpati terhadap ahli kumpulan yang lain, namun tiada perbincangan mengenai dia kembali ke Bigbang,” kata sumber tersebut.

    Sementara itu, syarikat pengurusan Bigbang iaitu YG Entertainment turut menafikan spekulasi berkenaan.

    Menurut agensi tersebut, tiada sebarang perubahan baharu dilakukan pada akaun YouTube rasmi kumpulan itu.

    “Profil YouTube Bigbang tidak pernah diubah sejak pelancaran lagu Still Life. Ketika itu, T.O.P masih lagi menyanyi bersama kumpulan tersebut,” ujarnya.

    Pada 2017, T.O.P dihukum penjara selama 10 bulan akibat penyalahgunaan dadah sebelum mengumumkan persaraan daripada dunia seni. – Agensi

    T.O.P menafikan kemunculan semulanya dalam Bigbang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda