Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Namakan anak damit Covid, Corona dan Lockdown

    MANILA, 29 APRIL – Mula-mula ada Corona Kumar, kemudian Covid Marie: ibu bapa menamakan anak-anak mereka yang baru lahir sempena nama koronavirus, tidak kisah dengan prospek anak-anak mereka selamanya akan dikaitkan dengan pandemik maut ini.

    Apabila Colline Tabesa melahirkan anak perempuan sihat di bandar tengah Bacolod, Filipina pada 13 April, dia dan ayah anak damit itu, John Tupas memutuskan untuk meraikan kelahiran itu dengan rasa kesyukuran.

    “COVID-19 mengakibatkan penderitaan besar ke seluruh dunia,” kata Tupas, 23, menyuarakan kelegaan selepas kelahiran anaknya ketika peristiwa itu berlaku.

    “Saya mahu namanya mengingatkan kita bahawa COVID bukan hanya membawa kesengsaraan, di sebaliknya ia juga adalah satu rahmat kepada kita,” tambahnya.

    Maka anaknya dinamakan Covid Marie. Beberapa minggu sebelumnya, dua orang ibu di barat daya India juga mempunyai idea serupa, mendapat galakan daripada seorang doktor di hospital di mana anak-anak damit mereka dilahirkan. Seorang dinamakan Corona Kumar dan seorang lagi Corona Kumari.

    “Saya memberitahu mereka bahawa ini akan menyemai kesedaran mengenai penyakit dan menghapuskan stigma jangkitan itu,” kata doktor tersebut, S.F Basha. “Saya terkejut apabila mereka bersetuju.”

    Tidak mahu kalah, pasangan pekerja imigran di timur laut India yang terkandas beribu-ribu kilometer dari rumah mereka di negeri Rajasthan, memutuskan untuk menamakan anak mereka, Lockdown. – AFP

    Gambar yang diambil pada 28 April lalu menunjuk-kan seorang ibu berusia 23 tahun bersama anak damit baru dilahirkan yang dinamakannya sebagai Lockdown. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda