Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Namibia henti guna Sputnik selepas kekhuatiran HIV

    JOHANNESBURG, 24 OKT – Namibia telah menghentikan penggunaan vaksin COVID-19 Sputnik, Rusia susulan kebimbangan yang ditimbulkan oleh negara jiran Afrika Selatan, kata kementerian kesihatan negara itu kelmarin.

    Afrika Selatan awal minggu ini berkata ia tidak akan meluluskan Sputnik V disebabkan kebimbangan ia boleh meningkatkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki, satu dakwaan pencipta vaksin katakan tidak berasas.

    Kementerian Kesihatan Namibia berkata dalam kenyataan bahawa susulan keputusan Afrika Selatan ia telah menangguhkan, maka penggunaan suntikan itu digantung dengan serta-merta, sehingga formula itu disenaraikan untuk digunakan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    “Punca penghentian pemberian vaksin itu dilakukan setelah langkah berjaga-jaga diambil yang mengatakan lelaki yang menerima Sputnik V mungkin berisiko tinggi dijangkiti HIV jika terdedah kepadanya,” kata kementerian.

    Namibia telah menerima 30,000 dos Sputnik sumbangan dari Serbia – yang 120 daripadanya sudah diberikan setakat ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda