Bintang K-pop, Nana, mengalami kecederaan selepas terbabit dalam pergelutan menumpaskan seorang penceroboh di kediamannya kelmarin, menurut polis Korea Selatan hari ini.
Menurut siasatan awal, suspek lelaki berusia lingkungan 30an memecah masuk rumah artis itu di kawasan pinggir Seoul dengan niat mencuri barangan berharga sebelum berjaya ditahan oleh Nana bersama ibunya.
Agensi berita Yonhap melaporkan, Nana, 34, dan ibunya mengalami kecederaan serius.
Ibunya dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum kedua-duanya dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Detektif di Balai Polis Guri berkata pence-roboh terbabit ditahan selepas berlaku pergelutan fizikal antara suspek dan mangsa.
“Dia dan ibunya berjaya menumpaskan suspek dalam pergelutan tersebut sehingga membawa kepada penangkapannya,” katanya.Suspek kini ditahan atas tuduhan rompakan dengan kekerasan. – AFP

