Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nangka kaya dengan tenaga sihat

    NANGKA, buah eksotik yang kaya dengan nutrisi adalah buah paling dikenali di Asia. Rasanya yang manis menjadikan buah ini sedap untuk dimakan begitu sahaja.

    Pokok nangka atau nama botaninya Artocarpus heterophyllus adalah tumbuhan semula jadi di India, Bangladesh, Nepal, Filipina dan Sri Lanka, malah ia juga ditemui di Nusantara.

    Buah nangka tergolong dalam keluarga moraceae. Semasa musim berbuah, setiap pokok menghasilkan kira-kira 250 biji buah.

    Pada dasarnya, buahnya mempunyai perbezaan dari segi saiz, berat dan bentuk sama ada bulat atau bujur.

    Dalam sebiji buah akan terdapat lebih kurang 100 hingga 500 biji buah yang boleh dimakan.

    Pokok nangka yang dikenali di Asia juga terdapat di India, Bangladesh, Nepal, Filipina dan Sri Lanka, malah ia juga ditemui di Nusantara.

    Isi nangka tebal dan berwarna kuning serta rangup. Kulit buah yang belum matang pula berwarna hijau.

    Apabila ia telah matang, kulit buahnya akan bertukar kepada warna coklat dan mengeluarkan bau yang wangi.

    Hampir semua bahagian pokok nangka termasuk di dalam buah yang akan mengeluarkan getah apabila ditoreh.

    Nangka bukan sahaja mempunyai saiz yang unik tetapi buahnya amat kaya dengan tenaga, serat pemakanan, mineral dan vitamin.

    Buahnya juga tidak mengandungi lemak tepu atau kolesterol sekali gus menjadikannya sebagai buah yang amat sihat untuk dimakan.

    Ia juga dikenali sebagai nama Jackfruit dalam Bahasa Inggeris yang mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, vitamin B (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin B6 (pyridoxine), vitamin B9 (folat), vitamin C, protein, kalsium, besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, mangan, selenium, lemak asli, asid lemak omega 3, asid lemak omega 6, serat pemakanan, karbohidrat dan kalori.

    Rangsang kekebalan tubuh

    Terdapat pelbagai kebaikan nangka. Dikatakan isi buahnya mudah dihadamkan mengandungi gula mudah seperti fruktosa dan sukrosa yang apabila dimakan mampu untuk menambah tenaga dan menyihatkan tubuh dengan segera.

    Nangka kaya dengan serat pemakanan sekali gus menjadikannya sebagai julap baik.

    Antioksidan yang terdapat di dalam buah nangka itu amat baik untuk penglihatan.

    Kandungan serat omo dikatakan mampu membantu melindungi membran usus besar (kolon) melalui cara mengurangkan masa pendedahan dan juga sebagai pengikat kimia yang boleh menyebabkan kanser dalam usus besar.

    Nangka segar menjadi sumber terbaik vitamin. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah nangka itu amat baik untuk penglihatan.

    Vitamin A juga diperlukan untuk mengekalkan keutuhan membran mukus dan kulit serta merangsang kekebalan tubuh.

    Pengambilan buah-buahan segar kaya dengan vitamin C mampu untuk melindungi diri daripada kanser paru-paru dan gigi berlubang.

    Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan flavonoid seperti beta karotena dan lutein.

    Antioksidan itu amat berguna untuk melindungi diri daripada kanser usus besar, prostat, payudara, endometrium, paru-paru dan pankreas.

    Buah ini juga mengandungi sumber baik antioksidan vitamin C. Pengambilan makanan kaya dengan vitamin C dikatakan mampu untuk membantu tubuh membentuk ketahanan menentang agen jangkitan dan radikal bebas yang bahaya.

    Buah yang segar merupakan sumber terbaik kalium, magnesium, mangan dan besi. Kalium adalah sel juzuk dan cecair tubuh yang membantu pengawalan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

    Pelbagai guna

    Bukan setakat buah, biji nangka juga dikatakan turut berkhasiat dan kaya dengan protein.

    Secara amnya, biji-biji ini akan dikumpulkan daripada buah yang matang, dikeringkan di bawah cahaya matahari dan disimpan untuk digunakan pada musim hujan.

    Biji nangka dikatakan boleh direbus dan dimakan sebagai pelawas kencing dan membuang angin dalam badan.

    Pelbagai resipi berbeza daripada biji nangka dihasilkan di Selatan India. Mereka akan memakan biji nangka yang telah dibakar atau biji ini dimasukkan ke dalam kari untuk menggantikan kacang dal.

    Biji nangka dikatakan boleh direbus dan dimakan sebagai pelawas kencing dan membuang angin dari dalam badan.

    Dikatakan masyarakat Cina menganggap isi dan biji nangka berkhasiat dalam mengatasi masalah mabuk.

    Manakala, daunnya pula dibakar bersama jagung dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa untuk dijadikan ubat ulser dan bisul.

    Getah nangka yang telah dicampurkan dengan cuka dikatakan amat berguna sebagai ubat bagi merawat dan menurunkan bisa ular atau binatang berbisa.

    Jika akarnya direbus dan kemudian airnya diminum dikatakan mampu untuk merawat masalah cirit-birit, demam panas dan asma.

    Sekiranya terluka, anda boleh mengambil daun nangka dan panaskan atau layurkannya di atas api.

    Tampalkan daun itu pada luka kerana cara itu mampu untuk merawat luka dengan pantas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda