Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Nanmadol bawa ‘bahaya’ ke Jepun

    IZUMI, JEPUN, 18 SEPT – Taufan Nan-madol membuat pendaratan di barat daya Jepun malam ini, ketika pihak berkuasa menggesa jutaan penduduk untuk berlindung daripada angin kencang dan hujan lebat.

    Ribut itu mendarat sekitar jam 7 malam waktu tempatan ketika pusatnya tiba dekat bandar Kagoshima, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

    Ia membawa angin ribut sehingga 234 kilometer sejam dan sudah pun menurunkan hujan sehingga 500mm dalam masa kurang 24 jam di bahagian barat daya wilayah Kyushu.

    Sekitar 20,000 orang bermalam di pusat perlindungan di wilayah Kagoshima dan Miyazaki Kyushu, di mana JMA telah mengeluarkan ‘amaran khas’ yang jarang berlaku – amaran yang dikeluarkan hanya apabila ia meramalkan keadaan yang dilihat sekali dalam beberapa dekad.

    Penyiar nasional NHK, yang mengumpul maklumat daripada pihak berkuasa tempatan, berkata lebih tujuh juta orang telah diberitahu untuk berpindah ke tempat perlindungan atau berlindung di bangunan kukuh untuk mengharungi ribut itu.

    Amaran pemindahan tidak diwajibkan namun pihak berkuasa turut berdepan pergelutan untuk meyakinkan orang ramai agar berpindah ke tempat perlindungan sebelum cuaca ekstrem melanda. – AFP

    Pengarah Bahagian Peramal Kaji Cuaca Agensi Meteorologi Jepun semasa sidang media mengenai Taufan Nanmadol di Tokyo pada 18 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...