Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naomi bakal sertai Kejohanan Brisbane

    SYDNEY, 10 NOV – Juara Grand Slam empat kali, Naomi Osaka bakal membuat kepulangan yang dinantikan dalam tenis dengan menyertai Kejohanan Brisbane International di Australia, kata penganjur hari ini.

    Kejohanan Brisbane, yang bermula pada hari terakhir Disember, dianggap sebagai acara pemanasan bagi Grand Slam Terbuka Australia bermula pada pertengahan Januari.

    Osaka, bekas pemain nombor satu dunia berusia 26 tahun itu melahirkan anak perempuan Shai pada Julai dan tidak bermain dalam jelajah sejak September 2022, setelah bergelut dengan kesihatan mentalnya dan tekanan tenis.

    “Saya sentiasa suka memulakan musim saya di Brisbane dan tidak sabar untuk kembali,” kata Osaka dari Jepun.

    “Brisbane International adalah kejohanan yang hebat dan akan menyediakan saya untuk kepulangan semula yang cemerlang pada musim panas ini,” tambahnya.

    Osaka telah memenangi empat kejuaraan utama, memenangi Terbuka Australia 2019 dan 2021, serta Terbuka Amerika Syarikat pada 2018 dan 2020.

    Osaka awal tahun ini berkata bahawa rehat daripada sukan ‘benar-benar telah membangkitkan semangat’ dalam dirinya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda