Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Naomi buru tiket separuh akhir Terbuka Miami

    MIAMI, 29 MAC – Naomi Osaka akan bertemu pemain Amerika Syarikat (AS), Danielle Collins untuk merebut tempat ke separuh akhir Terbuka Miami selepas bintang Jepun itu menewaskan Alison Riske 6-3, 6,4, semalam.

    Naomi dilihat bangkit di Florida apabila berjaya mara ke suku akhir selepas mengharungi kempen di Indian Wells awal bulan ini dengan hambar sehingga diejek peminat.

    Juara Grand Slam empat kali itu yang mendapat bye pada pusingan sebelum ini, kekal sebagai pilihan untuk merangkul gelaran kali ini.

    “Sudah tentu saya sangat gembira. Tahun lalu saya sampai ke peringkat suku akhir di Miami selepas menang di Australia dan saya memenangi perlawanan pada kali ini juga.

    “Saya berasa sangat bersyukur. Ia adalah salah satu detik paling menyeronokkan dalam hidup saya.

    Aksi Naomi Osaka mengembalikan bola kepada Alison Riske semasa perlawanan Terbuka Miami di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida pada 28 Mac 2022. – AFP

    “Banyak perkara yang saya fikirkan pada tahun lalu.

    “Mungkin ketika ini saya cuba untuk kembali ke ranking nombor satu atau memikirkan perkara lain yang tidak begitu penting.

    “Pada masa itu kepala saya sangat berat. Sekarang saya sangat gembira kerana sudah sihat,” kata Naomi yang dilihat mempamer aksi kemas dan cemerlang sepanjang perlawanan berdepan Alison.

    Sementara itu, Danielle yang juga pilihan kesembilan, menewaskan Ons Jabeur 6-2, 6-4 sebelum itu untuk melangkah ke suku akhir.

    Pemain nombor satu dunia baharu Iga Swiatek turut mara dengan selesa semalam, menewaskan pemain pilihan ke-14 Coco Gauff 6-3, 6-1 dalam masa satu jam 16 minit.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...