Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Naomi Campbell tampil bertudung di Abu Dhabi

    Naomi Campbell mengongsikan gambar perjalanannya ke Abu Dhabi di akaun media sosialnya. Salah satu lokasi yang dikunjunginya adalah Masjid Agung Sheikh Zayed.

    Ketika mengunjungi masjid tersebut, super model yang berumur 52 tahun itu memakai pakaian yang sederhana menutupi tubuh dan kepalanya.

    Naomi tidak bersendirian ketika mengunjungi masjid tersebut bahkan ditemani oleh anak perempuannya seperti yang dilihat melalui gambar yang dikongsinya melalui media sosial itu.

    Walau bagaimanapun, Naomi masih menjaga privasi anaknya dengan tidak menunjukkan wajah di dalam gambar tersebut, hanya mengambil gambar dari belakang.

    Dipetik dari People, ini adalah sebuah gambar yang jarang sekali dikongsi oleh Naomi dengan memperlihatkan puterinya kerana sejak anaknya lahir pada Mei 2021, Naomi hanya berkongsi sedikit gambar anaknya kerana mementingkan privasi.

    Awal 2023, Naomi memuat naik gambar dirinya yang sedang memegang puterinya ketika menghadiri pesta tahun baharu.

    Dia juga sempat berkongsi detik-detik mengunjungi pantai dengan puterinya. Semua gambar ini, sama sekali tidak memperlihatkan wajah si kecil.

    Naomi Campbell sangat menikmati peranan sebagai ibu, status yang diperolehinya di usia 50 tahun.

    “Saya tahu suatu hari nanti akan menjadi seorang ibu, dan ternyata ini merupakan kebahagiaan terbesar yang dapat saya bayangkan. Saya beruntung mempunyai anak,” katanya. – Agensi

    Naomi Campbell, memuat naik gambar bertudung ketika melawat Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...