Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naomi kecewa penangguhan Olimpik Tokyo 2020

    WASHINGTON, 29 MAC – Bintang tenis Jepun, Naomi Osaka berkata dia kecewa tidak dapat bersaing di Sukan Olimpik Tokyo tahun ini tetapi dia tetap menyokong keputusan Olimpik untuk menangguhkan acara tersebut pada 2021.

    Bekas pemain nombor satu dunia berusia 22 tahun itu berkata di laman Twitternya bahawa dia berpendapat acara itu akan menjadi lebih baik apabila ia dipindahkan ke tahun depan berikutan pandemik koronavirus (COVID-19).

    “Sukan akhirnya akan menyatukan kita sekali lagi dan berada di sana sentiasa bersama kita, tetapi masa itu bukan sekarang,” menurut Osaka.

    Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju untuk menangguhkan Sukan Olimpik 2020 selepas kebanyakan atlet di seluruh dunia menyatakan kebimbangan mengenai pelbagai isu di tengah-tengah ketidakpastian yang begitu banyak seperti keselamatan mereka terhadap virus itu dan latihan mereka.

    “Semua orang tahu betapa pentingnya Olimpik itu kepada saya dan betapa bangganya saya untuk mengambil bahagian untuk negara saya. Sudah tentu saya kecewa kerana tidak akan berlaku tahun ini,” tambah Osaka.

    “Tetapi kita semua bersedia menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini pada 2021! Saya menyokong keputusan berani Perdana Menteri, Abe dan IOC.”

    Naomi selaku juara 2018 Terbuka AS dan juara Terbuka Australia 2019, meminta orang Jepun untuk kekal tabah.

    “Ini adalah masa untuk orang ramai dari semua negara dengan pelbagai latar belakang dan kaum untuk bersatu untuk menyelamatkan seberapa banyak nyawa,” kata Osaka.

    “Bagi saya itulah semangat Olimpik.” – AFP

    Aksi Naomi Osaka semasa perlawanan pusingan pertama di Piala Fed antara Sepanyol dan Jepun di Kelab La Manga di Cartagena. Bintang Jepun itu berkata dia kecewa tidak bersaing di Sukan Olimpik Tokyo tahun ini tetapi menyokong keputusan itu untuk menangguhkannya pada 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda