Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naomi Osaka intai gelaran Terbuka Madrid

    MADRID, 29 APRIL – Naomi Osaka (gambar) mengakui bahawa dia sangat memerlukan rehat menjelang pembukaan Terbuka Madrid minggu ini, ketika pemain nombor dua dunia itu berharap dapat memulakan karier terbaiknya di gelanggang tanah liat.

    Osaka tidak pernah memenangi sebarang gelaran WTA di gelanggang tanah liat, tatkala Terbuka Perancis akan bermula bulan depan dan dia belum pernah berjaya melepasi pusingan ketiga

    Pemain Jepun yang juga juara Grand Slam sebanyak empat kali itu diletakkan pemain pilihan kedua di Madrid, selepas berehat hampir sebulan sejak tersingkir di suku akhir di Miami.

    Kekalahan kepada Maria Sakkari mengakhiri rekod 23 kemenangan berturut-turutnya dan hadir selepas Naomi memenangi Terbuka Australia Februari lalu untuk mengulangi pencapaian terbaik sama seperti di Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

    “Selepas Miami saya mengambil keputusan untuk berehat selepas merasakan perlu menenangkan minda saya,” kata Osaka dalam sidang media semalam.

    “Saya merasakan perlu untuk berehat kerana selepas Australia saya hanya ada sehari untuk berehat kemudian mula bekerja. Ia bukan tenis tapi perkara lain. Bagi saya, aksi di Australia dan Miami membuatkan saya rasa tertekan.

    “Saya tidak mempunyai masa untuk bertemu keluarga kerana tidak berjumpa dengan mereka sejak Krismas sebelum saya ke Florida. Saya mahu menghabiskan masa bersama mereka,” tambahya.

    Selepas berjaya di gelanggang permukaan keras, Naomi masih lagi mencari persembahan terbaik sama ada di gelanggang rumput mahupun tanah liat. Dia berharap dapat meraih keyakinan dan mendapat rentak di Madrid, bermula dengan perlawanan pusingan pertama menentang rakan senegaranya, Misaki Doi.

    Simona Halep, Venus Williams dan Victoria Azarenka semuanya menyertai kejohanan berkenaan.

    “Teruja untuk masuk ke gelanggang tanah liat kerana saya belum memenangi kejohanan di tanah liat,” kata Osaka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda