MILAN, 27 Feb – Napoli melonjak empat mata di puncak Serie A awal pagi tadi apabila membelasah Cagliari 5-0 sehari selepas perlawanan Juventus di Turin ditangguhkan akibat salji tebal.
Jose Callejon dan Dries Mertens memberikan skuad Maurizio Sarri dua gol sebelum tamat separuh masa pertama diikuti jaringan kapten Marek Hamsik, penalti Lorenzo Insigne dan sepakan percuma Mario Rui memastikan kemenangan liga kesepuluh berturut-turut buat pasukan berkenaan.
Napoli kini menyasarkan gelaran Serie A ketiga dan yang pertama sejak 1990 dengan fokus utama mereka kini terarah kepada menjulang Scudetto selepas tersingkir daripada Liga Europa dan Piala Itali. (Klik di sini untuk cerita lanjut)