Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Napoli mahu Osimhen kembali beraksi

    MILAN, 11 APRIL – Napoli risau akan kepulangan Victor Osimhen bagi perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara menentang pasukan dari Itali ketika mereka menuju ke kemungkinan dua perlawanan terbesar dalam sejarah kelab dengan prestasi yang tidak meyakinkan.

    Kelab terbesar Itali Selatan itu hanya memerlukan empat lagi kemenangan daripada sembilan perlawanan untuk memastikan kejuaraan liga pertama mereka sejak 1990 selepas menang 2-1 di Lecce, walaupun mereka tidak mempunyai kelebihan yang diperlukan oleh pasukan kendalian Luciano Spalletti pada perlawanan pertama di AC Milan pada Khamis.

    Kemenangan baru-baru ini hanya terhasil menerusi jaringan sendiri Antonino Gallo yang membuat hantaran ke belakang, namun gagal diselamatkan oleh penjaga golnya yang terkejut.

    Dan walaupun tiga mata tersebut membawa Napoli selangkah lebih dekat dengan gelaran liga, dari segi prestasi, Napoli tidak menunjukkan banyak peningkatan daripada kekalahan 4-0 di laman sendiri pada hujung minggu sebelumnya di tangan Milan.

    Napoli tidak pernah berada di peringkat lapan terakhir Liga Juara-juara sebelum ini.

    Reaksi Osimhen selepas menjaringkan gol semasa perlawanan antara Torino dan Napoli, baru-baru ini. – AP

    Cara mereka mara sepanjang persaingan, dan tuah mereka tidak disatukan dalam kelompok kuasa besar kontemporari bola sepak Eropah pada peringkat kumpulan, telah menjadikan mereka sebagai ‘kuda hitam’.

    Bagaimanapun, apabila musim berlalu, Napoli semakin bergantung kepada kedinamikan Osimhen dan Khvicha Kvaratskhelia, dan kecederaan paha untuk penjaring terbanyak Serie A telah menyerlahkan kepentingannya kepada permainan keseluruhan pasukannya dalam dua perlawanan terakhir mereka.

    “Perlawanan menjadi sukar tanpa dia, kerana dia mempunyai cara berlari ke kawasan yang sempit, boleh menarik semua orang kepadanya dan kemudian mencipta ruang,” kata Spalletti selepas kemenangan Lecce.

    Spalletti berharap pemain antarabangsa Nigeria itu kembali pada Khamis ini kerana dia mungkin akan kehilangan pengganti utama pemain berusia 24 tahun itu, Giovanni Simeone, yang mengalami kecederaan paha. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda