MILAN, 1 Mei – Jaringan kemenangan di separuh masa pertama daripada Jose Callejon telah memberikan Napoli tiga mata penting dalam kemenangan 1-0 di Inter Milan, sekali gus mengurangkan jurang mata dengan Roma kepada satu mata.
Skuad Maurizio Sarri membuat kunjungan ke San Siro dengan semangat tinggi selepas Roma tewas 3-1 di tangan Lazio.
Di penghujung perlawanan di San Siro itu, yang menyaksikan pasukan Stefano Pioli cuba mempamerkan kebangkitan di separuh masa kedua, namun gol di minit ke-43 separuh masa pertama Callejon terbukti menjadi kunci kemenangan Napoli dalam usaha mengukuhkan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan.
Roma kekal di tangga kedua dengan sembilan mata di belakang Juventus dengan baki empat perlawanan untuk diharungi, tetapi Roma kini hanya satu mata di depan Napoli, yang kekal tujuh mata di depan Lazio yang berada di tangga keempat. – AFP
