Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Napoli semakin hampir dinobat juara Serie A

    ROM, 30 APRIL – Napoli hanya perlu menang ke atas Salernitana hari ini untuk memenangi liga Itali buat kali pertama sejak zaman Diego Maradona mewakili kelab tersebut.

    Lautaro Martinez menja-ringkan dua gol dan Romelu Lukaku memberikan dua assist ketika Inter Milan bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menundukkan Lazio, yang menghuni tangga kedua, 3-1 dan membuka peluang kepada Napoli untuk merangkul gelaran.

    Keputusan tersebut mengakibatkan Lazio ketinggalan 17 maya di belakang pendahulu liga, Napoli, dengan berbaki enam perlawanan selepas hujung minggu ini.

    Pertemuan Napoli-Salernitana dijadualkan bermula 3 petang (1300GMT) dan penyokong di Naples sudah memulakan pesta sebelum sepak mula.

    Tiada pasukan yang pernah memenangi Serie A dengan berbaki enam perlawanan.

    Peminat Napoli meraikan kemenangan Inter Milan di luar stadium dan Napoli hanya perlu menang ke atas Salernitana untuk menjuarai Serie A buat kali pertama sejak Diego Maradona mewakili kelab.- AP

    Torino (pada 1947-48), Fiorentina (1955-56), Inter Milan (2006-07) dan Juventus (2018-2019) masing-masing memenangi gelaran dengan berbaki lima perlawanan.

    Maradona memimpin Napoli menjuarai dua gelaran Serie A pada 1987 dan 1990.

    Pemain pertahanan Inter, Francesco Acerbi kehilangan bola dan Lazio berada di hadapan melalui jaringan Felipe Anderson, dan Ciro Immobile turut membantu pasukan sebelum pemain Brazil itu memperdaya pemain pertahanan untuk membuka ruang dan membuat percubaan di penjuru kotak.

    Selepas beberapa peluang untuk Inter, The Nerazzurri akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 apabila Lukaku membuat hantaran kepada Martinez untuk menjaringkan gol.

    Martinez menjaringkan gol keduanya pada minit ke-90 selepas kecuaian pemain pertahanan.

    Ia merupakan kemenangan kedua dalam tujuh perlawanan di Serie A buat Inter, yang mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara dan pusingan akhir Piala Itali.

    Inter mara ke tangga keempat, berkongsi mata dengan AC Milan di tangga kelima dan Roma, di tangga keenam.- AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda