Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Napoli sia-siakan peluang di Sassuolo

    MILAN, 2 DIS – Napoli memberikan gergasi Milan peluang untuk mengejar gelaran Serie A selepas mensia-siakan kelebihan dua gol di Sassuolo sebelum seri 2-2.

    Skuad kendalian Luciano Spalletti tampak akan mengekalkan kelebihan tiga mata di persada selepas dua gol babak kedua Dries Mertens dan Fabian Ruiz.

    Namun penyudah cemerlang Gianluca Scamacca berbaki 19 minit saingan membuatkan tuan rumah semakin bersemangat dan Gian Marco Ferrari meledak gol penyamaan pada minit akhir hasil tandukan padu.

    AC Milan hanya satu mata di belakang dan Inter Milan di tangga ketiga selepas masing-masing menang di Genoa dan Spezia.

    Sassuolo merasakan mereka boleh menang dalam minit-minit akhir yang menyaksikan Spalletti dibuang padang apabila Gregiore Defrel meledak gol.

    Namun ketika pemain tuan rumah dan penyokong bersorak, pengadil melihat kembali gol berkenaan dan mendapati Domenico Berardi mengasari Amir Rrahmani menyebabkan gol itu dibatalkan.

    “Sesuatu yang memalukan jika tidak seri dalam perlawanan ini yang saya rasakan kami sama tahap dengan Napoli, kami terus bermain bersungguh-sungguh ketika ketinggalan 2-0 dan kami berhak seri,” kata jurulatih Sassuolo, Alessio Dionisi kepada DAZN. – AFP

    Penyerang Napoli Dries Mertens (tengah) mengawal bola untuk menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan di antara Sassuolo dan Napoli di stadium Citta del Tricolore di Reggio Emilia pada 1 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda