Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Napoli tepis sergahan Udinese

    NAPLES, ITALI, 13 NOV – Usaha Napoli untuk mendapatkan gelaran juara Serie A buat kali pertama sejak Diego Maradona semakin kukuh selepas berjaya menang 3-2 menentang Udinese kelmarin, sekali gus melebarkan jurang kelebihan kepada 11 mata.

    Skuad kendalian Luciano Spalletti selesa apabila Victor Osimhen, Piotr Zielinski dan Eljif Elmas meletakkan Napoli tiga mata di depan dalam masa satu jam.

    Namun serangan pantas daripada Ilija Nestorovski dan Lazar Samardzic cukup merisaukan 50,000 peminat di Stadio Maradona yang berbaki lapan minit sebelum wisel penamat ditiupkan.

    “Setiap kemenangan datangnya daripada kerja keras dan pada 15 minit terakhir perlawanan telah membuktikan apa yang pasukan ini telah capai tidak boleh diambil dengan mudah.

    “Kami fikir permainan telah pun tamat, namun permainan tidak akan tamat selagi ia benar-benar tamat,” kata Spalletti kepada DAZN. – AFP

    Aksi Piotr Zielinski (tengah), semasa dalam perlawanan antara Napoli dan Udinese di Itali. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda