Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Napoli tersingkir dari Piala Itali

    ROM, 3 Jan – Pendahulu Serie A, Napoli tersingkir daripada saingan Piala Itali apabila skuad kedua yang diturunkan, kalah 1-2 di laman sendiri oleh Atalanta di suku akhir, pagi ini.

    Jurulatih Napoli, Maurizio Sarri membuat banyak perubahan ke atas kesebelasan utamanya tetapi tetap menurunkan Marek Hamsik yang baru bergelar penjaring terbanyak kelab.

    Bagaimanapun, pemain Slovakia itu gagal menyerlah dan terpaksa digantikan Lorenzo Insigne selepas sejam permainan.

    Selepas Timothy Castagne meletakkan Atalanta di depan pada minit ke-59, Sarri turut membawa masuk Dries Mertens tetapi pemain kebangsaan Belgium itu tidak mampu menghalang Alejandro Gomez daripada menghasilkan gol kedua buat pelawat.

    Adam Ounas (kanan) melakukan terjahan ke atas Luis Palomino dalam aksi Piala Itali peringkat suku akhir yang berlangsung semalam. – AP

    Mertens menjaringkan gol tunggal pasukannya pada minit ke-84 tetapi usaha Napoli untuk mencari gol penyamaan tidak berjaya.

    Atalanta akan menentang pemenang perlawanan antara Juventus dan Torino di separuh akhir nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda