Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Napoli tundukkan Milan

    MILAN, 19 SEPT – Napoli mengumumkan hasrat mereka untuk merebut gelaran Serie A menerusi kemenangan 2-1 di AC Milan yang mengekalkan mereka sebagai pendahulu liga, manakala krisis di Juventus semakin meruncing berikutan kekalahan memalukan di Monza.

    Jaringan penalti Matteo Politano 10 minit selepas separuh masa dan tandukan Giovanni Simeone ketika berbaki 12 minit memberikan Napoli kemenangan di San Siro. Mereka berjaya memenangi perlawanan tersebut tanpa penyerang mereka yang cedera, Victor Osimhen dan jurulatih Luciano Spalleti yang digantung.

    Napoli menduduki tangga teratas dengan perbezaan gol daripada Atalanta, menang 1-0 di Roma, dan satu mata di hadapan Udinese, yang menewaskan Inter Milan 3-1 pada perlawanan awal semalam untuk memenangi perlawanan kelima mereka.

    Mereka juga tiga mata di depan juara Milan yang jatuh ke tangga kelima selepas kekalahan pertama musim ini.

    “Ini bukan hanya tentang kualiti, ini adalah pasukan yang gigih yang sedia berkorban,” kata pemain gantian Simeone kepada DAZN.

    “Apa yang pasukan ini mahu lakukan ialah memberikan yang terbaik dan menjadi lebih baik dari hari ke hari.”

    Gol pertama Simeone dalam Serie A buat Napoli menamatkan rentetan 22 perlawanan tanpa kalah untuk Milan, yang menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi Olivier Giroud yang tidak bernasib baik selepas percubaannya terkena tiang gawang lewat menerusi pasingan Pierre Kalulu.

    Bagaimanapun, ketiadaan pemain bintang yang digantung, Rafael Leao dan beberapa penyelamatan bijak daripada penjaga gol Alex Meret, yang memberi satu percubaan awal Giroud mengenai palang, membolehkan Milan mencatat keputusan seri. – AFP

    Aksi Matteo Politano selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa perlawanan bola sepak Serie A menentang AC Milan di stadium San Siro di Milan, Itali, 18 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...