Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Naqiu siap sedia sebarang kemungkinan

    Penyanyi Naqiu berkongsi berita duka memaklumkan bapanya terpaksa ditidurkan di Hospital Serdang, Selangor pada pagi Selasa selepas paras oksigen menunjukkan penurunan.

    Menurut Naqiu, bapanya iaitu Mohd Najib, 69, sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan ini merupakan kali ketiga dimasukkan ke hospital berkenaan dalam tempoh sebulan.

    “Pada pertengahan puasa, papa dimasukkan ke hospital tiga hari kerana masalah kesihatan, kemudiannya beberapa hari sebelum raya sekali lagi papa menerima rawatan akibat jangkitan COVID.

    “Jangkitan tersebut menyebabkan dia mengalami komplikasi dalaman dan saya bawa ke hospital berkenaan pada petang Isnin. Pukul 3 pagi doktor beritahu untuk tidurkan papa kerana paras oksigen menurun,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Berkongsi perkembangan terkini, Naqiu memberitahu bapanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan doktor.

    Melihat tahap kesihatan bapanya, Naqiu berkata dia bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku.

    Bagaimanapun, dia masih meletakkan harapan agar bapanya itu segera pulih seperti sedia kala.

    Sebelum itu, penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

    Dalam muat naik berkenaan, Naqiu turut memohon orang ramai mendoakan agar bapanya itu diberikan kesembuhan dan segera pulih dari penyakit yang dihadapi. – Agensi

    Bapa Naqiu (kanan) kini menerima rawatan di ICU. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...