Dikatakan tidak menyerlah selepas bergelar juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6) tahun lalu, vokalis kumpulan Boboy iaitu Naqiu tampil menjelaskan perjalanan kariernya selepas menyertai pertandingan tersebut. Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 34, berkata dia mula sibuk dengan kerja belakang tabir sebaik sahaja tamat GV6 malah langsung tidak dapat berehat mahupun bercuti. “Sebenarnya habis