NEW DELHI, 26 April – Kumpulan penjagaan kesihatan yang berpangkalan di India, Narayana Hrudayalaya Ltd (NHL), sudah membubarkan anak syarikatnya di Malaysia yang ditubuhkan pada 2011 kerana projek untuk menjalankan operasi hospital di Malaysia tidak dapat menghasilkan kemajuan.
Menurut syarikat berkenaan, anak syarikat milik penuhnya, Narayana Hrudayalaya Hospitals Malaysia Sdn Bhd, dibubarkan menurut peruntukan undang-undang Malaysia.
“Proses pembubaran itu sudah dilengkapkan dan berdasarkan laporan carian daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia bertarikh 24 April, 2018, status anak syarikat itu sah sebagai dibubarkan,” kata syarikat itu dalam makluman kepada bursa saham. – Bernama