Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nas-T terpilih sebagai Keluang Man

    Teka-teki peminat animasi ikonik Malaysia, Keluang Man, akhirnya terjawab apabila pelakon, Nas Muammar Zar atau lebih dikenali sebagai Nas-T diumumkan sebagai pemegang watak tersebut.

    Menurut Utusan Malaysia yang memetik Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, pemilihan Nas-T itu adalah kerana dia mempunyai ciri-ciri dan dedikasi yang menepati kriteria karakter Keluang Man.

    “Selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan Keluang Man, pelbagai reaksi positif diterima daripada peminat serta menerima liputan meluas.

    “Ini membuktikan Keluang Man masih relevan dan mempunyai impak yang sangat besar kepada penonton Malaysia.

    “Dalam masa yang sama, kami mahu memperkenalkan semula IP animasi kebanggaan negara kita melalui live action movie kepada generasi baru dan tentunya mengangkat karya ini ke tahap yang lebih tinggi, dengan skala yang lebih besar,” katanya.

    Raja Jastina berkata demikian semasa majlis pengumuman watak tersebut di The Bee, Publika, baru-baru ini.

    Selain itu, tambah Jastina, pihaknya percaya Nas-T mampu menggalas watak tersebut dengan baik kerana ciri-ciri yang dimilikinya menjadikan dirinya layak untuk bergelar Keluang Man. – Agensi

    Nas-T memiliki ciri-ciri yang menepati kriteria karakter Keluang Man. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda