Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    NASA bakal miliki keupayaan menghantar angkasawan semula

    CAPE CANAVERAL, Fla., 30 Ogos – Buat pertama kali sejak persaraan kapal angkasa ulang alik dalam tahun 2011, NASA berkata ia mungkin dalam masa terdekat mempunyai keupayaan untuk menghantar angkasawan-angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dari Amerika Syarikat.

    Peristiwa penting terletak pada tangan Boeing dan SpaceX yang merupakan rakan-rakan krew komersil agensi angkasa lepas: ujian penerbangan pesawat angkasa lepas mereka, termasuklah misi-misi anak kapal dirancang bagi tahun 2018.

    Itu melancarkan ‘persaingan angkasa lepas baru’ di Pusat Angkasa Lepas Kennedy, menurut para pegawai.

    “Kami telah melabur banyak sebagai sebuah pusat, sebagai negara dalam Pusat Angkasa Lepas Kennedy untuk mempersiapkan kami bagi tempoh 50 tahun akan datang penerbangan angkasa lepas dan melewatinya,” menurut Tom Engler, pengarah perancangan dan pembangunan pusat itu. “Kamu melihat hasil itu sekarang, syarikat-syarikat komersil ini membeli apa yang sedang kami lalukan.”

    Usaha sama swasta dan awam mengubah Pusat Angkasa Lepas Kennedy menjadi pelabuhan angkasa lepas pelbagai pengguna. NASA sedang memajukan sistem Pelancar Angkasa Lepas dan pesawat angkasa lepas Orion bagi misi-misi ke angkasa lepas jarak jauh, termasuklah Marikh, dengan syarikat-syarikat swasta akan menghantar orang ramai ke orbit rendah Bumi.

    Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Cape Canaveral. – AP

    Boeing sedang membina CST-100 Starliner, sebuah pesawat angkasa lepas yang akan menghantar angkasawan-angkasawan ke stesen angkasa lepas, di sebuah hangar yang pernah digunakan untuk mempersiapkan kapal ulang alik angkasa lepas bagi penerbangan. Tiga Starliners sedang dalam penghasilan, termasuklah yang akan menerbangkan angkasawan-angkasawan tahun depan.

    “Jika Marikh kemuncak Gunung Everest, orbit rendah Bumi adalah kem pangkalan. Syarikat-syarikat komersil adalah sherpa yang mengangkut benda-benda di sana,” kata Chris Ferguson, bekas angkasawan NASA dan pengarah operasi krew dan misi di Boeing. “Ia membukakan keseluruhan dunia baru perniagaan.”

    SpaceX, yang menerbangkan misi kargo ke stesen angkasa lepas dengan pesawat angkasa lepasnya Dragon telah mengubah suai landas pelancaran bagi roket-roketnya, Falcon-9, yang telah berjaya digunakan semula oleh syarikat itu. Ia merancang menggunakan Dragon 2, versi baru pesawat angkasa lepas untuk menghantar angkasawan-angkasawan ke stesen angkasa lepas. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda