Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    NASA batalkan pelancaran Artemis I

    LOS ANGELES, 4 SEPT – NASA sekali lagi membatalkan pelancaran misi kapal angkasa Artemis I pada Sabtu berikutan masalah kebocoran, lapor Xinhua.

    Artemis I ialah ujian bersepadu pertama sistem penerokaan angkasa lepas NASA melibatkan kapal angkasa Orion, roket Sistem Pelancaran Angkasa Lepas dan sistem darat.

    Percubaan kali kedua di Pusat Angkasa Kennedy, Florida itu sepatutnya diancarkan pada 2:17 petang waktu timur (1817 GMT).

    Sebelum ini, percubaan kali pertama pada 29 Ogos lalu turut dibatalkan kerana masalah enjin.

    “Semasa Artemis I hendak dilancarkan pada Sabtu masalah kebocoran dikesan berlaku di bahagian penyambungan bekalan ketika cuba memindahkan bahan api ke roket.

    “Pasukan cuba menyelesaikan masalah itu tetapi gagal,” ciap NASA di Twitter.

    Artemis I adalah misi tanpa anak kapal mengelilingi Bulan yang akan membuka jalan bagi melaksanakan ujian penerbangan kru dan penerokaan manusia ke bulan pada masa depan.

    Misi itu juga adalah sebahagian daripada program lunar Artemis NASA. – Bernama

    Roket Artemis 1 terletak di landas pelancaran selepas pelancaran dibatalkan di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...