Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    NASA, Capstone terputus komunikasi

    WASHINGTON, 6 JULAI – NASA kelmarin berkata mereka terputus komunikasi dengan kapal angkasa lepas yang bernilai AS$32.7 juta yang berlepas ke bulan untuk mengkaji pengorbitan bulan itu, tetapi juru-tera agensi tersebut berharap mereka dapat memperbaiki masalah tersebut.

    Selepas komunikasi pertama dan separa kedua berjaya dilakukan Isnin lalu, agensi angkasa berkata mereka tidak lagi dapat menghubungi pesawat angkasa yang diberi nama Capstone. Jurutera berusaha mencari punca masalah terputusnya komunikasi dan mereka berfikiran optimistik bahawa mereka boleh memperbaikinya, kata jurucakap NASA, Sarah Frazier, kelmarin. Kapal angkasa lepas, yang dilancarkan dari New Zealand pada 28 Jun lalu, menghabiskan lebih kurang seminggu di orbit bumi dan berjaya memulakan perjalanannya ke bulan, iaitu ketika mereka terputus komunikasi dengan kapal angkasa berkenaan, kata Frazier.

    Satelit dengan berat 55 paun, dengan saiz sebesar ketuhar dan akan menjadi kapal angkasa pertama yang mengelilingi orbit tersebut, di mana NASA ingin membina pangkalan Gateway mereka. Gateway bertujuan menjadi titik pertama untuk angkasawan sebelum mereka melakukan perjalanan ke permukaan bulan. Orbit berfungsi sebagai pengimbang graviti di Bumi dan bulan serta memerlukan sedikit bantuan pengendalian. Oleh itu, penggunaan minyak akan membolehkan satelit ataupun stesen angkasa lepas untuk sentiasa memiliki komunikasi dengan Bumi. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...